Buku,
Itulah panggilan untukmu,
Dalam tubuhmu tersimpan
banyak khazanah,
Dalam badanmu jua terkandung banyak azimat,
Kau menjadi
rujukan,
Kau menjadi penyuluh,
Kau penyinar dalam kehidupan.
Pena,
Itulah
gelaran untukmu,
Ada tangan yang mengukir,
Ada tangan yang
mencoret,
Namunku tahu,
Kau tidak pernah jemu menari,
Mengikut gerak jari
penggunamu,
Kerana khidmat dan baktimu begitu bernilai,
Dalam
menyelesaikan segala persoalan.
Nukilan : Suzze
No comments:
Post a Comment